Monday, October 26, 2009

SHOW DA'E

30 oktober 2009

Pesta Konvo Unisel..Da'e buka booth..jemput la datang yer...

31 oktober 2009

Makan Malam SMKA Kuala Selangor..di De Palma Hotel KS..

8 November 2009

Jelajah Ilmuan..

16 dan 17 November

Da'e akan berada di UNISEL Shah Alam, sempena program Menderma darah. Da'e akan membuka booth, kami akan mengadakan jualan seperti Buku Karangan Dato' Ismail Kamus, Novel karangan Abdul Latip Talib, T'shirt dan perfume..
Antum semua di jemput mengunjugi booth kami...!!!!

Monday, October 19, 2009

Ahli Kumpulan Da'e


Bersantai seketika selepas Sound Check di Kuantan.. Kombinasi warna yang bagus! ;)


Bergambar di Bazar Ramadhan Seksyen 7, Shah Alam


Selepas Program Jejak Ilmuwan di Kuala Selangor (Ogos'2009)


5 Sekawan di Surau UNISEL aras 1

Klik Klik Kamera Da'e~


3 Okt - Shah Alam : Majlis Hari Raya di Apartment Baiduri


Program Jejak Ilmuwan di Stadium Tertutup Kuala Selangor


26 Sept - Kuantan : Da'e bersama pasangan pengantin (Redha&Shashiela)

Ogos - Oktober 2009

Ogos - September 2009

: Program Sambutan 10 tahun UNISEL di UNISEL Berjuntai Bestari
: Persembahan di Bazar Ramadhan Seksyen 7, Shah Alam
: Majlis Kenduri Kahwin Redha & Shashiela di Kuantan

Oktober 2009


3 Okt 2009 : Majlis Penghargaan Urusetia Majlis Berbuka Puasa UNISEL
3 Okt 2009 : Majlis Hari Raya di Apartment Baiduri,Seksyen 7 Shah Alam
17 Okt 2009 : Program Palestin di Kuala Selangor
24 Okt 2009 : Program Memperingati Rasulullah di Kuala Selangor
31 Okt 2009 : Dinner SMKA Kuala Selangor di Hotel De Palma Kuala Selangor

Sunday, October 18, 2009

Tarannum : Sejarah dan Nikmat Suara

Sejarah Tarannum Al-Quran

Menurut beberapa hadis soheh, tarannum Al-Quran telah bermula dari sejarah “Nuzul A-Quran” (penurunan wahyu Al-Quran kepada Nabi S.A.W)di Gua Hira’. Di sana, Rasulullah sendiri membaca Al-Quran dengan baik, cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca Al-Quran dengan “bertarannum, bertazyin dan bertahsin.”

Rasulullah telah memuji Abu Musa As-Sha’ari dalam sabdanya, “Sesungguhnya bertuah engkau telah dikurniakan Allah dengan mazmir (suara yg cantik) dari jenis mazmir keluarga Nabi Daud,” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis riwayat Saidatina Aisyah, katanya ; “pada suatu malam, saya bersama Rasulullah mengintai dengar bacaan Al-Quran yang sungguh merdu dan cantik oleh sahabatnya, Salim Maula Abi Hazifah. Setelah selesai bacaan Salim, Rasulullah segera bersyukur dan berdoa puji-pujian itu khusus bagi Allah, Tuhan yang menjadikan di kalangan umatku orang seperti ini, (Salim).”


Nikmat Suara

Suara kita terhasil daripada 3 alat yang sangat istimewa. Apakah itu?
1- Mulut.
2- Hidung.
3- Halkum.

Cuba anda semua tutup mulut, boleh keluarkan bunyi tak? Tentu boleh kan??? Sebab bunyi tu mungkin dikeluarkan daripada hidung atau halkum. Cuba tutup hidung. Boleh keluarkan bunyi?Cuba pula tutup mulut dan hidung? Masih boleh keluarkan bunyi? Boleh juga kan?Inilah kelebihan yang Allah ciptakan pada manusia. Jika hidung kita selesema, suara kita jadi sengau…Jika mulut kita ada mata ikan (ulser mulut) atau sakit gigi… kita x mampu keluarkan suara dengan selesa. Jika batuk, halkum kita tidak dapat hasilkan bunyi yang bermutu. Sebenarnya persoalan di sini bukan bunyi-bunyi yang tidak ada makna seperti jeritan, la-la-la atau sebagainya. Ketiga-tiga alat di atas merupakan tempat-tempat keluar huruf (makhraj) dan ia juga sudah tentu bersangkutan dengan makhraj. Jika mereka sakit, kita pun tidak dapat bersuara dengan baik. Maka, jagalah nikmat suara dengan sebaiknya..

Dengan suara kita bersyukur..dengan suara kita boleh jadi kufur..ke mana hendak kita bawa suara itu?? ke arah Tuhan atau ke arah Neraka?? pilihlah sendiri..yang nyata, segalanya adalah MILIKNYA..tiada satu pun milik kita sehinggalah kita gunakan untuk mencari keredhaanNYA..

NANTIKAN SAMBUNGAN SETERUSNYA..INSYAALLAH..

Wednesday, October 14, 2009

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk menjemput Kump Da'e membuat persembahan di tempat anda.
(kenduri kawen, maal hijrah, program motivasi etc)

sila hubungi  :   019-2524619   (dzikri Da'e)

Monday, October 12, 2009

Mari kenal ape itu Tarannum..seronok belajar...


Pengenalan Tarannum

Tarannum (lagu) adalah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan terutamanya bacaan Al-Quran.

Tujuan mengalunkan seni suara adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca dan pendengar tentang kecantikan dan keindahan kalimah Allah serta boleh menghayati uslub-uslub Al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, ruh serta dapat beramal dengannya.

Ciri-Ciri Tarannum Al-Quran Yang Mu’tabar

1. Nada (tingkatan atau tekanan bunyi suara)
2. Rentak (pergerakan menghidupkan bunyi suara)
3. Irama (alunan atau bentuk bunyi)

Tegasnya sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut maka ianya tidak dikatakan tarannum.

Nantikan sambungan pelajaran kita ye.........

kalau nak belajar..boleh juga..contact la DA'E..

Thursday, October 1, 2009

Mari kita berlumba menjadi insan yg Bertakwa...............!!!

Assalamualaikum......
Segala puji bagi ALlah, Tuhan Sekalian Alam... Tuhan Sekalian manusia....
Selawat dan salam kepada junjunagn besar nabi Muhammad (Rasulullah s.aw..)...
Kepda pembaca2 semoga berada dalam rahmat dan redha ALlah.....

Alhammdulillah...
Kte baru shj meninggalkan bulan yg penuh barakah...

Bulan yg dilimpahi dgn jutaan rahmat dari Ilahi...

Bulan yg mana stiap satu phala ibadah yg dilakukan, ALlah akan gandakan sehingga 70 kali...

Bulan yg mana terdapatnya satu malam yg sangat2 mulia dan cukup bernilai sehingga disebutkan di dalam al-Quran... bertambah nilai nya lagi apabila dijadikan satu surah khas yg disebut sbg al-Qadr....(malam lailatul qadar)... yg mana apabila ktta berjumpa malam itu dan dtambah lg dgn amalan2 di waktu malam, dia diibaratkn seperti mndpt ganjaran darpd ALlah seperti beribadat selama 1000 tahun lamanya....


MasyaALlah....!!!

Di mana lagi kita nk dapatkan semua tu klau bukan pada bulan Ramadhan Al-Mubarak...

Semoga kta menjadi insan yang bertakwa... matlamat ramadhan dan malam lailatul qadar ini adalah misi kita utk mncpai visi kita untuk mnjadi insan yang bertaubat dan seterusnya mencapai insan yang bertakwa...

Sesuai dgn firman ALlah yang bermaksud :

" ALlah cinta/kasih/sayang pd mereka yang bertaubat dan ALlah cinta/kasih/sayang pd mereka yang suci...."

mari kita muhasabah diri kita....

kita renungkan kebesaran ALlah swt....

InsyaALlah kita akan capai viisi sebenar kita dalam menjadi insan yang bertakwa....

Najib Da`e