Wednesday, July 22, 2009

Show Da'e

persembahan di Rise For Gaza bertempat di Stadium Melawati..

















Show Da'e di The Summit, Subang Jaya (Harmony Carnival)..

Tuesday, July 21, 2009

Sept - Ogos 2009

25 julai 2009 :
- Alhamdulillah persembahan di majlis perasmian Tabung Anak Selangor di Kg. Sri Tiram Jaya, Tanjung Karang..terima kasih kepada penganjur dan penduduk Kg Seri Tiram Jaya.
Da'e mempersembahkan 3 lagu.. Kenangan Abadi (1st time dinyanyikan
).. Azimat Bonda (khas buat ibu2)..dan Insan Cemerlang..

8 Ogos 2009 : - Alhamdulillah persembahan di Program Jejak Ilmuan, Stadium Tertutup Kuala Selangor berjalan lancar dan meriah. lagu yang akan disampaikan insyaallah: Insan Cemerlang, Kenangan abadi, Tekad+merah saga & Ar-Ruhul Jadid...thanks to bro Halmi & Co..nice song by Nur I See..

12 Ogos 2009 : - Sambutan Kemerdekaan, Segi Training Centre, Pulau Indah..Terima kasih buat sambutan yang hangat dari warga STCPI..moga ketemu lagi. Da'e mempersembahkan medley selawat, Kenangan Abadi dan Merah Saga(permintaan istimewa dari Akh Ghazali).



KENANGAN ABADI-lagu baru..hehe..

Tribute for all beloved friend..

Teman..masihkah kau ingat lagi
Sewaktu kita bersama dahulu
Teman bertahun kita bersama
Menempuh segala dugaan yang melanda

Tapi kini arah kita berlainan
Kau dan aku tidak sehaluan lagi
Dipisahkan oleh cita yang menggunung
Dalam menempuhi kehidupan

Pengalaman yang kita tempuhi bersama
Jadikanlah ia kenangan abadi
Walau jauh dimata tapi dekat dihati
Teruskanlah persahabatan ini..

Lirik : Ustaz Nasir
Lagu : najib_DA'E

INSAN CEMERLANG (Lagu sulung Da'e)

Hidup ini penuh kehinaan
Mendekatkan diri pada kesengsaraan
Nilai agama dipandang ringan
Runtuh keimanan hilang pedoman

Bangunlah ummah berjiwa murni
Menuju ke arah keredhaan Ilahi
Insan cemerlang ke arah wawasan
Lahirkan muslim pemangkin gemilang

Pelajar murni sahsiah terpuji
Menuntut ilmu ke jalan Ilahi
Didiklah jiwa taati agama
Supaya hidup sentiasa diredha
Quran dan Sunnah menjadi pegangan
Syurga firdausi menjadi idaman

Masyarakat harmoni kasih sayang sejati
Persefahaman yang kukuh menjamin kebahagian
Kuatkan hati teguhkan iman

Ummah mithali tonggak bistari
Allah redhai

Lirik : Mohammad Farhi B. Bahadun
Lagu : Tam

"Hiburan Sejati Kembali Kepada Fitrah Semulajadi"

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..
Selawat dan salam buat Rasulullah, keluarga dan sahabat-sahabat baginda..

Alhamdulillah setinggi pujian ke hadrat Ilahi dengan rahmat kasih sayangnya berjaya juga Da'e mencipta bloggers ini untuk tatapan sahabat handai dan masyarakat umum.

Sedikit pengenalan tentang Da'e ;

Sejarah Penubuhan :
Da'e merupakan kumpuan nasyid keluaran UNISEL, ditubuhkan pada April 2005 bersempena menyahut pertandingan Festival Nasyid yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Da'e mengorak langkah ke pertandingan Nasyid anjuran Nasyid.Com pada tahun yang sama sekaligus merangkul tempat sebagai Juara.

Berbekalkan semangat dakwah yang digabungjalin dengan hiburan yang mendidik jiwa, Da'e mengebarluaskan pengalaman dengan menyertai pelbagai pertandingan dan persembahan.. Kini, Da'e masih mendalami peranan dakwah melalui muzik.. "Hiburan Sejati Kembali Kepada Fitrah Semulajadi" menjadi pegangan dan tonggak kepada perjuangan Da'e.

Anggota Da'e :
Bermula dengan 6 orang anggota iaitu ; Akh Zulhusni, Akh Ghazali, Akh Syafiq, Akh Zaid, Akh Din, dan Akh Dzikri. Akh Najib menyertai Da'e pada 2005 manakala Akh Nuzul pada 2007. Anggota Da'e silih berganti.. Alhamdulillah setelah 4 tahun, kump Da'e masih teguh dengan mempunyai tentera seramai 5 orang iaitu ; Akh Dzikri, Akh Najib, Akh Ghazali, Akh Azli dan Akh Yusof..

Harapan :
Dalam kehidupan globalisasi kini, Da'e berharap agar industri nasyid akan terus teguh dan thabat dalam menyusuri liku-liku dakwah yang semakin mencabar di samping dibajai keikhlasan dalam perjuangan.

wallahu'alam..