Monday, March 22, 2010

Konsert Life Line for Gaza





Jom Ramai-ramai ke sana.... bkn d shah alam.... di Masjid Wilayah Persekutuan....

Tuesday, March 16, 2010

Jemaah IPT: Bakal Kepimpinan Yang Sentiasa Diperhatikan Illuminati


Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah .


Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.


Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?


Mahasiswa yang berjemaah tidak sama intergriti intelektualiti nya dengan mahasiswa yang tidak berjemaah walaupun kedua-dua mahasiswa tersebut berada di bidang Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid.


Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;

“Oleh kerana bagi mencapai tujuan yang besar ini (jihad) merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya, dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja-kerja jemaah, maka kerja berjemaah ini menjadi wajib.”

(Mustapha Masyur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, hlm 7)


Perjuangannya mungkin kelihatan murni dan benar tetapi kekuatan dan keampuhan perjuangan itu kurang keberkesanannya dan mungkin hanya akan berlegar di dalam diri sahaja. Berbanding dengan mahasiswa yang berjemaah, walaupun teramat kecil bilangannya tetapi wadah perjuangan
dikawal bai’ah yang mengikat persetiaan hidup dikalangan ahli-ahli jemaah.

1. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai hierarki kepimpinan yang sangat sistematik walaupun tidak direkodkan seperti perlantikan Amir dan Amirah, Naqib dan Naqibah bagi sesuatu kumpulan-kumpulan kecil.
2. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai sistem pembelajaran ilmu Islam yang tersusun melalui usrah-usrah di peringkat kelompok, Kolej dan IPT. Selain itu, jemaah juga perlu menghadiri tamrin-tamrin yang dijadualkan oleh para amir dan amirah.
3. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai ikatan persahabatan seumur hidup berasaskan baiah yang diucapkan.

Namun begitu, muslim tanpa menyertai jemaah ada peranannya tersendiri mengikut kemampuan yang ada. Manakala muslim yang berjemaah tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan selepas tamat pengajian adalah lebih mengaibkan kerana ia bisa saja melunturkan semangat ikhwan-ikhwan
di dalam jemaahnya.


Kepimpinan Illuminati Adalah Golongan Intelektual



Di dalam Illuminati sendiri, golongan yang mempelopori gerakan itu ialah bekas-bekas
pelajar universiti dari pelbagai bidang. Hatta sejarah Illuminati sendiri, jika dilihat ianya juga ditubuhkan oleh golongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Jerman.


Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral Commission, Bilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi.


Individu yang berpendidikan atau berilmu sangat tinggi nilainya malah Allah sendiri berfirman tentang orang-orang yang berilmu bahawasanya;

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman
diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”

(al-Mujadalah: 11)

Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan;

“Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan.”

Pensyarah Berjemaah Sentiasa Diperhatikan Musuh Islam


Walaupun pada hakikatnya jemaah-jemaah di IPT diuruskan secara total oleh mahasiswa tetapi musuh-musuh Islam tahu pendokong yang membantu dari belakang ialah para pensyarah yang berfikrah Islam. Golongan pensyarah sentiasa diperhatikan gerak-gerinya khususnya berkaitan
hubungan mereka dengan pelajar-pelajar kelas mereka.


Illuminati amat takutkan golongan ini kerana mereka sentiasa menjadi perangsang semangat kepada pelajar-pelajar mereka yang berjemaah malah masa dan harta benda mereka juga diinfakkan untuk kerja-kerja amal jemaah.


Bagi Illuminati, golongan kecil ini boleh menjadi faktor penyebab lahirnya pejuang-pejuang Islam berstatus intelektual di peringkat global. Golongan pejuang Islam yang berstatus profesional lebih
membahayakan bagi puak Illuminati kerana pemikiran mereka ‘out of box’ dan manhaj yang dipegang juga kukuh dan sukar tergelincir dari landasan jihad.


Apabila Jemaah Mempunyai Ilmu Konspirasi, ia lebih membahayakan Illuminati


Apabila seseorang ahli Jemaah mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal konspirasi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak
duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara.


Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam.


Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti.


Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati
mereka.


Baitul Muslim adalah hakikat ketakutan Illuminati



Di dalam jemaah harakah Islamiyah yang bergerak di IPT-IPT sekarang ini, hanya ada satu perkara yang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah Baitul Muslim.

Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui
pasangan-pasangan yang sama fikrahnya.



Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akan mendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia
ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.


Kesimpulan


Setiap konspirasi dari Illuminati dalam meranapkan harapan masyarakat Islam secara hakikatnya dapat dilihat akan menjurus kepada menghancurkan jemaah harakah islamiyah dalam apa cara sekali pun.


Meskipun perancangan Illuminati itu untuk memusnahkan jemaah Islam seluruh dunia tidak dinyatakan secara zahiriah dan bertulis tetapi hambatan waktu yang menimpa ke atas setiap jemaah Islam di seluruh dunia membuktikan jemaah sangat dibimbangi Illuminati.


Illuminati sedar jemaah adalah satu-satunya tentera tersembunyi tanpa senjata bagi masyarakat Islam yang akan melancarkan daulah Islamiyah secara serentak di bawah pengawasan ulama’.

Illuminati juga sedar cara terbaik menghalang pengaruh jemaah ini adalah dengan menguasai sistem-sistem politik dalam negara dari segenap sudut dan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang berfahaman sekular sebagai jambatan aliran perancangan mereka.

Monday, March 8, 2010

Perjuangan Yang Dijanjikan Tersendiri

Perjuangan Yang Dijanjikan Tersendiri
Akan berlaku di akhir zaman satu perjuangan yang tersendiri
Perjuangan itu berlaku di sebelah Timur
Ia tidak terikat dengan sistem yang ada
Ia tidak akan berkompromi dengan perjuangan yang sedia ada
Tapi orang-orangnya boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja
Masyarakat senang dan suka
Perjuangannya tidak sudi dengan perjuangan orang
Perjuangan orang juga tidak sudi dengan perjuangannya
Perjuangannya tersendiri
Kalau perjuangan orang lain boleh bela-membela satu sama lain
Tapi perjuangannya tidak dibela
Dia juga tidak membela perjuangan orang lain
Perjuangan orang lain boleh bergabung
Namun perjuangannya tetap tersendiri
Perjuangannya ganjil dan aneh di kalangan perjuangan yang sedia ada
Orang yang sayang, sayang sangat hingga hilang pertimbangan
Yang benci pula, benci sangat sampai hilang pertimbangan
Hingga hilang rasionalnya
Itulah dia perjuangan Pemuda Bani Tamim
Yang tidak terikat dengan sistem pada zamannya
Tapi dia tetap pula berjuang dengan caranya
Siapa yang mengenalinya
Wajib menggabungkan diri dengan perjuangannya

Adakah Engkau Berjuang..??

Engkau ingin berjuang
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
Tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Bejuang, berjuang

Engkau ingin berjuang
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
Menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang
Tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
Kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan
Berjuang, berjuang...

Engkau ingin berjuang
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
Kerenah isteri tidak engkau tahan
Engkau ingin berjuang
Rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
Diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
Tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
Pandangan tidak engkau selaraskan
Engkau ingin berjuang
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Iman dan takwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan
....??

"Luahan dari insan agung"