Wednesday, December 30, 2009

TSHIRT MUSLIMAH - JANNAH

Assalamualaikum......
Memperkenalkan produk terbaru keluaran kami....

T-shirt muslimah...
JANNAH

Punya kelainan daripada yang sedia ada...
InsyaALlah....

Pelbagai saiz....
Pelbagai design.....

Dengan harga yang berpatutan.....

  • RN35 (DEWASA)
  • RM25 (KANAK-KANAK)

Kami sedia menerima sebarang penempahan melalui pos biasa atau pos laju.......

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kami di talian yang dinyatakan....

SEMENTARA STOK MASIH ADA!!!

Keputusan Kes Kalimah ALLAH dalam Herald

KEPUTUSAN KES KALIMAH ALLAH DALAM HERALD
30 DISEMBER 2009 (RABU)
9.00 PAGI DI MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA


Ke Kes berkenaan tuntutan pihak Kristian terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak 'Herald Catholic Weekly'.

Sekiranya tuntutan ini dipenuhi kita akan melihat di dalam penerbitan Bible Kristian ayat-ayat berbunyi seperti berikut:-

a) “Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup." ( Matius 16 : 16)
b) “..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.” ( Matius 27 : 43)
c) “ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera dari Allah, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus) Kristus." (Galatia 1 : 3 )

Maka, ia akan menimbulkan banyak kekeliruan dalam kalangan umat Islam yang akhirnya akan membawa kepada gejala murtad seperti mana yang berlaku di Indonesia menerusi terjemahan al-Kitab dan sebagainya.Terjemahan al-Kitab juga akan bebas untuk diedarkan kepada umum memandangkan Kalimah Allah sudah tidak menjadi hak eksklusif dan keistimewaan umat Islam semata-mata seperti yang diputuskan Kabinet pada 16 Mei 1986 yang melarang agama lain menggunakan kalimah Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah.

“Ayuh bersama bermunajat mendoakan agar tuntutan ini tidak dibenarkan”
(sumber dari PKPIM)

Tuesday, December 1, 2009

IMAN DAN MANIS

SEDETIK YANG LALU..
KU RASA HAUS DAN LAPAR..
KU RASA RESAH DAN GELORA..
MERASA HILANG DAN DERITA..

KU HANYUT DALAM NODA..
TENGGELAM DALAM DOSA NYATA..
RASA LARA DAN SENGSARA..
TANPA IMAN DAN MANISNYA..

OH TUHANKU..
PIMPIN DAKU DENGAN RAHMATMU..
ISI HATIKU DENGAN CINTAMU..
TUMBUHKAN RINDUKU KEPADAMU..

BETAPA PEDIHNYA......
BETAPA AZABNYA..
BILA HILANG RASA CINTA
BILA HILANG RASA BAHAGIA..

KU BISIKAN PADAMU TUHAN..
KU RINDUKAN KEAMPUNAN..
KU MERINTIH DEPANMU TUHAN..

DIDEPANKU AJAL DAN KEMATIAN..
KIAMAT SEAKAN DEKAT DIPANDANGAN..
MUNGKINKAH SEMPAT DIDAKAPAN..
IMAN DAN MANIS KU DAMBAKAN

nukilan ini ku karang buat luahan hati dan perasaan..

mohd dzikri..11.35pm..1 disember 2009

Thursday, November 26, 2009

DAE MANAGEMENT & SERVICES

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalammualaikum.w.r.b.t.h.
Sedikit mengenai Da'e, kami merupakan sebuah kumpulan nasyid yang bergiat aktif dan sedia menerima undangan untuk membuat persembahan bagi memeriahkan majlis dan program anda InsyaAllah... Alhamdulillahirabbil`aalamin..... Syukur ke hadrat Allah yg Maha Esa...kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, maka tertubuhlah sudah syarikat DAE MANAGEMENT & SERVICES.

Setelah menanti sekian lama, kami berharap dengan tertubuhnya syarikat ini, dapatlah diperluaskan lagi skop dakwah da`e di masa akan datang....

InsyaALlah untuk permulaan ini, da`e akan memulakan perniagaan kecil-kecilan seperti penjualan tshirt, buku dan minyak wangi.

Untuk pengetahuan pembaca semua, da`e sudah mula membekal buku dari karangan Dato' Ismail Kamus yang berjudul "Indahnya Hidup Bersyariat", dan Novel perjuangan sahabat-sahabat Rasullullah, karangan Abdul Latip Talib. Kami juga turut menjual minyak wangi tanpa alkohol daripada Dhia Perfumes, tshirt berjenama, seperti Convers, adidas levi's, dan banyak lagi dengan harga RM18 sehelai, insyaAllah harga tshirt ini masih boleh dirunding lagi..

Selain itu, kami juga sedia menerima tempahan seperti baju korporat, tshirt dan barangan korporat lain. kami juga turut menyediakan perkhidmatan untuk program fasilitator.

Kami harap dengan ruang yang telah di berikan Allah s.w.t, matlamat utama kami akan dapat di capai dan di perluaskan lagi InsyaAllah. Selain itu, kami juga sentiasa mengharapkan doa dan sokongan dari semua agar hati-hati kami sentiasa Istiqomah InsyaAllah..

Ilalliqa'....

Ahli Da`e

Permata Hijrah - Ubat Resdung

Pewangi Resdung / Tuju Resdung



Rumusan daripada pati limau, ubi raja sotong, dan ekstrak mutiara untuk mengatasi masalah nafas berbau, hidung tersumbat, hidung berair, kegatalan hidung dan juga selsema.

(Caranya sapu disekitar lubang hidung atau titiskan pada hujung jari dan sedut baunya).

Pencuci Resdung Telinga


Diformulasikan khas sebagai pencuci telinga, telinga bernanah, telinga berdengung dan masalah pendengaran.

(Cara meletakkan putik kapas yang dibasahi dengan pencuci telinga ke dalam telinga dan tinggalkanya beberapa minit sehingga hilang bunyi).


Bedak Seduan

Mencerah, melembut serta melicinkan kulit. Menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam dan gatal-gatal dimuka.

Cara Guna:Goncang dan sapu di muka bila perlu.


Bedak Resdung

Dirumus daripada herba-herba & mutiara berkualiti tinggi bagi tujuan membantu melegakan resdung & gatal-gatal di muka. Ia Juga dapat membantu menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam & parut nipis muka. Selain daripada itu ia juga membantu mencerahkan, melembut serta menyegarkan kulit muka.

Cara Guna:Goncang dan sapu di muka bila perlu.


Toner Hidung



Gatal muka, hidung berair, bengkak, tersumbat hidung, jerawat, jeragat, & parut kecil.


Cara Guna:Titik ke dalam hidung 2 titik pagi, 2 titik malam. Untuk jerawat, sapukan sahaja

Sabun Resdung Mutiara


Set Resdung Lengkap

Sunday, November 15, 2009

Permata Hijrah - Toner Mata

Toner mata yang dihasilkan dari formula air zam-zam, air suling yang bermutu tinggi, mutiara dalam laut, herba & karangan laut. Ianya tidak memedihkan mata dan boleh menyejukkan, menyegarkan, menyihatkan mata dan membantu merawat masalah mata. Tidak mempunyai bahan kimia dan tidak memabukkan serta boleh meneutralkan bahan kimia.




RM 12.90 (10ml)
Untuk cuci mata, gatal mata, berair mata, ketumbit dan mengeluarkan habuk dalam mata







RM 29.90 (15ml)
Untuk peringkat permulaan rabun. Untuk mengurangkan "POWER" kaca mata, masalah rabun dekat dan jauh dan mencairkan selaput lendir yang tumbuh di dalam mata dengan izin ALLAH .....




RM 59.90 + RM 59.90 (15ml + 15ml)
Untuk masalah silau mata, masalah rabun dekat dan rabun jauh, masalah kornea mata, masalah katarak, masalah glukoma, masalah urat saraf, masalah rabun yang disebabkan kencing manis, mengurangkan "POWER" kaca mata dan mencairkan selaput lendir di dalam mata dengan izin ALLAH. InsyaAllah sembuh tidak perlu dibedah dan tidak berkaca mata lagi.
Warna Hitam = Untuk kegunaan malamWarna Hijau = Untuk kegunaan siang
KAMI SEDIA MENERIMA SEBARANG TEMPAHAN DAN PENGHANTARAN MENGIKUT SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN
DAPATKAN SEGERA

Abu Bakar : Sahabat Sejati


Assalamualaikum...

Segala puji bagi ALlah... Semoga pembaca2 blog ni sentiasa dalam keadaan redha ALlah...

Alhamdulillah sy baru sj m`habiskan mmbc novel sejarah islam karangan Abdul Latip Talib yg berjudul Abu Bakar sahabat Sejati...setelah sekian lama...=)

l`kp dgn pelbagai peristiwa yg diterapkan membuatkan sy rs xsabar ingin mengetahui kisah setrusnye... dan akhirnya ke penghujung jg...

Merupakn seorg yg lembut hatinya...tp tegas dlm pimpinan semasa memerintah...

Apa yg dilaksanakan oleh Rasulullah, itu jg dilaksanakan oleh abu bakar... sehingga dlm setiap keadaan beliau akan memastikn kehidupannya tidak lari jauh seperti rasulullah...

Beliau merupakan manusia terpilih utk menjadi shabat kepada nabi.....terpilih utk menjadi teman nabi semasa berhijrah...terpilih utk jadi imam solat selepas rasullah dalam keadaan sakit...dan akhirnya terpilih utk menjadi khalifah islam yg pertama dalam sejarah tamadun islam dunia slps kewafatan Rasulullah..

Nabi2 palsu berjaya ditumbgkan pd zaman pemerintahan beliau...
Kuasa besar seperti Rom dan Parsi hg berjya ditumbgkan smasa zamannya...
Menguatkan lg bukti yg kukuh yg zaman beliau adalah pemula dlm memperkembangkan lg agama Islam di seluruh pelusuk dunia.

Harga: RM 26.90/RM 29.90 (Sabah & Sarawak)

Untuk mengetahui kisah yang lebih lanjut, dapatkan novel ini daripada kami dengan kadar segera...!!!

Bilal Bin Rabah : Pengumandang Seruan Langit



Kisah Bilal bin Rabah yang menjadi juruazan, dan namanya digunakan hingga sekarang......


RM RM26.00 / RM RM29.00 (Sabah & Sarawak)

DAPATKAN SEGERA DARIPADA KAMI SEMENTARA STOK MASIH ADA....

KAMI SEDIA MENERIMA SEBARANG PANEMPAHAN....

Friday, November 13, 2009

Melakar Cinta Firdusi



Aima Insyirah, gadis kental dari Malaysia yang rela berkhidmat di bumi bergolak Palestin semata-mata untuk menabur bakti dan bantuan tanpa gentar dengan rasa pasrah oleh ketentuan illahi. Kehidupan di Palestin mengajarnya erti kesabaran dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian yang diberikan oleh Allah S.W.T. Dugaan yang dihadapi oleh Aima Insyirah sungguh kuat kerana dia harus berdepan dengan mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis yang rata-ratanya wanita yang kehilangan suami dan anak-anak yang telah menjadi yatim piatu. Walaupun jauh dari keluarga tercinta, hidupnya tidak sunyi kerana warga Palestin menerimanya sebagai ahli keluarga tanpa mengira pangkat dan warna kulit.
Aima Insyirah, gadis kental dari Malaysia yang rela berkhidmat di bumi bergolak Palestin semata-mata untuk menabur bakti dan bantuan tanpa gentar dengan rasa pasrah oleh ketentuan illahi. Kehidupan di Palestin mengajarnya erti kesabaran dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian yang diberikan oleh Allah S.W.T. Dugaan yang dihadapi oleh Aima Insyirah sungguh kuat kerana dia harus berdepan dengan mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis yang rata-ratanya wanita yang kehilangan suami dan anak-anak yang telah menjadi yatim piatu. Walaupun jauh dari keluarga tercinta, hidupnya tidak sunyi kerana warga Palestin menerimanya sebagai ahli keluarga tanpa mengira pangkat dan warna kulit. Kehadiran e-mel yang tidak dijangka dari Naufal Mustaqim, rakan sekolah dahulu membangkit rasa rindu walaupun mereka hanya berhubung melalui dunia maya. Percintaan di antara Aima Insyirah dengan Naufal Mustaqim diuji dengan kehadiran Jeneral Ri’fail Zanki, Ketua Briged Ayyubi yang dalam diam menyimpan rasa terhadap Aima Insyirah. ....................
Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa dapatkan buku ini draipada kami....
RM 16 / RM 18 (Sabah & Sarawak),
D

Titian Nabi tulisan Muhammad Masykur A. R. Said


Novel Islami yang mengangkat perjuangan hati dan suci Zahra dan Attar. Namun cinta mereka tidaklah mulus kerana terdera dengan perasaan disebabkan Attar melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Apakah kukuh cinta suci yang disaksikan pada tiga negeri, Indonesia, Mesir, dan Tanah Suci Mekah itu? Sanggupkah bahtera cinta mereka menahan amukan badai yang menerjang? Akankah cinta mereka selamat berlabuh ke tepi dermaga atau tenggelam di tengah samudera?
Dapatkan buku ini segera daripada kami.....
RM 17 / RM 19 (Sabah & Sarawak),

Thursday, November 12, 2009

Persembahan DA'E di Jelajah Ilmuan Klang

ucapan perasmian oleh YAB Menteri Besar Selangor

slot pertama: lagu Insan Cemerlang dan Kenangan Abadi


slot kedua: lagu-Arruhul jadid dan Wahai Kawan

Wednesday, November 11, 2009

DHIA PERFUMES WANGIAN TANPA ALKOHOL

DHIA, MURAH DAN TAHAN LAMA..!!!
TERDAPAT BEBERAPA SET LELAKI DAN WANITA SILA KLIK RUANGAN PRODUK UNTUK MAKLUMAT LANJUT...

"INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT" - DATO' ISMAIL KAMUS





Assalamualakum sahabat perjuangan sekalian......

Anda kini boleh mdapatkan buku terbaru tulisan Dato' Ismail kamus dari da'e dengan harga RM55 sebuah..... Anda akan mendapat suatu perkongsian yg hebat daripada karangan beliau ini setelah anda memilikinya....

Untuk sebarang tempahan anda boleh menghubungi terus di talian :


InsyaALlah....

Jangan lupa memilikinya...

Wassalam....

Saidina Umar Al-Khattab : Reformis Dunia Islam


Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam. Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penakluk, Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru.

Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut. Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran Islam.

Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Walaupun berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini hidup sederhana mencontohi Rasulullah.

Harga: RM 26.90/RM 29.90 (Sabah & Sarawak)

Dapatkan buku ini segera daripada kami....!!!

Saidina Uthman Bin Affan :Pengumpul Alquran



Uthman Bin Affan mendapat gelaran zin yang ertinya memiliki dua cahaya kerana Rasullullah telah mengahwinkannya dengan dua orang puteri Rasullullah.

Saidina Uthman juga merupakan antara yang terawal memeluk agama Islam selepas Abu Bakar As-Siddiq. Beliau antara 10 sahabat Rasullullah yang dijamin masuk syurga. Beliau sangat terkenal dengan sifat lemah lembut, pemalu, dan berbudi pekerti mulia.

Rasullallah pernah berkata, "Saya memohon kepada Tuhanku spaya tidak seorang pun yang pernah menjadi menantuku dan ataupun menjadi mertuaku di masukkan kedalam neraka"

Semasa menjadi khalifah yang ketiga, empayar Islam semakin meluas. Paling utama adalah usaha beliau mengumpul dan menyusun semula Al-Quran yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani..

Harga: RM 24.00/RM 27.00 (Sabah & Sarawak)

Kepada yang ingin mengetahui kisah selanjutnya, sila dapatkannya melalui kami. Dapatkan segera sementara stok masih ada..!!!

Saidina Ali Bin Abi Talib: Mutiara Ilmu Islam


Di dalam novel ini telah menceritakan bagaiman kisah Saidina Ali Bin Abi Talib sewaktu beliau masih kecil sehingga beliau wafat.

Semasa zaman kanak-kanaknya beliau tinggal dirumah Rasullullah s.a.w. beliau menjadi menantu kepada Rasullullah s.a.w. dengan berkahwin dengan puteri baginda iaitu Siti Fatimah.

novel ini juga turut menceritakan tentang kegagahannya dimedan perang dan ketokohannya sebagai ilmuan Islam.

Harga: RM 26.00/RM 29.00 (Sabah & Sarawak)

Kepada yang ingin mengetahui kisah ini sila dapatkan novel ini daripada kami. Dapatkan segera sementara stok masih ada...!!!

Khalid Al-Walid Memburu Syahid


Khalid Al-Walid merupakan pahlawan penyelamat perang dalam perang Muktah. Beliau juga mendapat gelaran Pahlawan Pedang Allah. Beliau tidak pernah kalah dalam setiap peperangan yang di sertainya..

Harga: RM 32.90/RM 35.90 (Sabah & Sarawak)


Untuk mengetahui kisah sebenar Khalid Al-Walid, anda boleh dapatkan novel ini melalui kami. Dapatkan segera sementara stok masih ada..!!!

Tariq Bin Ziyad 'Menang Ataupun Syahid'


Tariq Bin Ziyad asalnya seorang hamba, disebabkan memiliki sifat-sifat yang terpuji, dia dilantik oleh Musa Bin Nusair menjadi pembantunya dan seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12000 tentera Islam ke Spanyol.

Tariq menganggap kedatangan mereka ke Spanyol hanya untuk syahid atau mengalahkan musuh. Dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di nbawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang.

"Dibelakang kita musuh dan di depan kita musuh kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid". Kata-kata keramat Tariq berjaya meniupkan kembali semangat jihad dikalangan tentera Islam.

Harga: RM 23.90/26.90 (Sabah & Sarawak)

Untuk mengetahui kisah ini dengan lebih lanjut, dapatkan novel ini daripada kami sementara stok masih ada...!!!

Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem


Salahudin Ayubi merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera salib.

Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.

Bagi penggemar novel peperangan, ini adalah novel yang perlu anda dapatkan kerana novel ini padat dengan kisah-kisah peperangan dan strategi dalam peperangan.

Harga: RM 26.90/RM 29.90 (Sabah & Sarawak)

Jangan tunggu lagi, dapatkan segera dari kami sementara stok masih ada..!!!

Ikramah Abu Jahal - Penentang Jadi Pembela


Ikramah, anak kepada Abu Jahal. Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil beliau telah dididik menjadi seorang pahlawan dan apabila besar beliau menjadi panglima muda yang gagah dan berani, penunggang kuda yang handal, dan banyak pengalaman berperang.

Beliau bersama ayahnya Abu Jahal sangat benci kepada Islam dan turut terlibat dalam peperangan menentang Nabi Muhammad s.a.w. Ikramah termasuk dalam kalangan panglima perang pasukan Quraisy yang handal dan gagah berani serta banyak pengalaman.

Akhirnya beliau memeluk Islam dan menjadi pahlawan Islam yang gagah berani. Beliau telah syahid dalam perang Yarmuk..

Harga: RM 22.90/RM25.90 (Sabah & Sarawak)

Untuk mengetahui kisah ini denagan lebih lanjut, dapatkan novel ini daripada kami dengan segera..!!!

Abu Ubaidah Penakluk Parsi


Abu Ubaidah merupakan salah seorang sahabat yang sempat mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW.

Beliaulah yang membunuh ayahnya yang berada di pasukan musyrikin dalam perang Uhud,
sehingga ayat Al-Quran turun mengenai beliau seperti yang tertera dalam surah:

Al-Mujadilah ayat 22, ertinya:

“Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang
mengasihi orang-orang yang menentang Allah SWT dan Rasulullah, walaupun orang
tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri
keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai,
mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun
senang dengan Allah. Mereka itulah tentera Allah, ketahuilah bahawa tentera Allah
pasti akan berjaya.”

Harga: RM 27.90/RM30.90 (Sabah & Sarawak)

Untuk mengetahui kisah menarik ini dengan lebih lanjut, sila dapatkan novel ini daripada kami dengan segera...!!!

Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel


Tidaklah pernah kami melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah menukar daratan menjadi lautan, melayarkan kapalnya di pucak gunung dan bukannya di ombak lautan.

"Sesungguhnya Muhammad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexender The Great!"- Ahli Sejarah Byzantine.

Harga: RM 24.00/RM 27.00 (Sabah & Sarawak)

Ketahuilah kisah yang menakjubkan ini denjgan mendapatkan novel ini daripada kami...!!!

DHIA PERFUMES WANGIAN TANPA ALKOHOL





























































































DHIA, WANGIAN YANG TAHAN LAMA DAN MURAH..!!!
HANYA RM 19.90 SETIAP SET..!!!









KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN WANGIAN INI, SILA HUBUNGI KAMI DENGAN SEGERA..!!!

Tuesday, November 10, 2009

November 2009

8 Nov : Program Jejak Ilmuwan anjuran Unisel & Kerajaan Negeri Selangor
(Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang)

Program motivasi sambil bernasyid



Da'e menyampaikan slot motivasi sambil bernasyid sewaktu Majlis Penutupan GEMA Ramadhan 2009, SK Rinching Hilir, Bangi

Sunday, November 8, 2009

SEBARANG TEMPAHAN ATAU PESANAN

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SEBARANG PRODUK JUALAN DARIPADA DA`E, ANDA BOLEH MEMBUAT PESANAN MELALUI LANGKAH BERIKUT:

MEMBUAT PANGGILAN ATAU MELALUI KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS) KE NOMBOR:

019-2524619-AKHI DZIKRI
013-2508085-AKHI NAJIB
013-2965265- AKHI AZLI

Friday, November 6, 2009

Hikmah Tsunami

Pengorbanan mangsa tsunami terutama yang meninggal dunia, demi sampai beralihnya peta dunia dan wajah masyarakat manusia, daripada kegelapan kepada cahaya kebenaran ini oleh tsunami bukannye kecil.. semuanya dikra cukup berjasa...

Tuhan yang baik masakan akan mensia-siakan mereka...??

Apa pendapat anda kalau smua kematiannya itu diterima baik oleh Tuhan dan mereka sedang bergembira di sana, kerana menurut Islam mati lemas dan mati dihempap itu ialah mati syahid...

Bunyinya buruk..hasilnya baik...

Tuhan lakukan azab itu untuk digantikan dengan pengampunan dan disenaraikan nama mereka sebagai orang2 berjasa..kerana kematian mereka telah menukar dunia yang berdosa kepada dunia yang sejahtera..

Bukankah itu bererti bahawa tangisan itu ialah tangisan kegembiraan oleh kita..?

Lalu apa lagi yang mahu dikesalkan dan ditakutkan ?
Melainkan bergembira dan bersedia menunggu khabar gembira yang pasti tiba...

Marilah....marilah kita bertakwa untuk Tuhan yang punya segala-galanya.....

Wallahua`lam......

Monday, November 2, 2009

Muhasabah Cinta

Assalammualaikum.w.r.b.t.h.
kepada semua sahabat yang dicintai cuba antum semua hayati setiap bait dalam puisi ini, tanya pada diri, keimanan kita berada pada tahap mana, dan renungkanlah betapa pengasihnya Tuhan kepada kita..



Aku coba mencintaiMu Tuhan
Tapi tidak juga terasa
Aku coba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa
Aku fikir-fikirkan nikmat-nikmatMu
Aku kenang-kenangkan rahmatMu
Agar nampak kemurahanMu
Atas nama Tuhan aku akur
Namun aku belum juga jatuh hati denganMu
Aku susah hati, aku sedih selalu
Mengapa terjadi begini
Mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi
Sedangkan aku tahu
aku akui nikmatMu terlalu banyak padaku
Kalau hendak dihitung tidak mungkin dihitung
Walaupun melalui komputer
Aku iri hati selalu
Cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
Hebatnya cinta mereka padaMu
Hilang selera makan keranaMu
Asyik memuja dan memujiMu
Mensucikan dan membesarkanMu
Terutama di waktu malam yang sepi,
di waktu orang mimpi
Mereka memujaMu, merintih padaMu
Mengharap kasih sayang padaMu
Air mata mereka membasahi pipi
Ada kala menitis ke bumi
Mereka merasai Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah di bibir mereka
Engkau adalah hati jantung mereka
Tapi aku tidak begitu
Aduh kerasnya hatiku
Hingga ini aku belum mencintai kekasih
agungku
Baru aku sedar cinta padaMu adalah anugerah
dan hidayahMu
Bertuahlah dan berbahagialah orang yang Engkau
anugerahkan kecintaan kepadaMu
Aku bilakah lagi Tuhan ?
Dapat sedikit pun jadilah!
Aku tidak putus asa
Aku coba lagi selagi ada nyawa di badan
Di ujung hidupku pun
Kalau dapat sudah cukuplah wahai Tuhan
Al Hannan wal mannan

Sunday, November 1, 2009

Kasih Tuhan

Marilah kepadaKU
Wahai hamba-hambaKU
Bersegeralah pulang,kepangkuanKU
Aku tetap menerimaMU
Kamu hamba ciptaanKU lemah dan lalai
adalah watakmu

Aduhai….
baiknya Tuhan memanggil-manggil
ketika kita hambaNYA ini lalai dan leka.
Kerana apa?
Kerana IA tidak mahu kita terjebak kedalam api neraka.
Tetapi….adakah kita mendengar ajakanNYA itu?
Pasti ramai dikalangan kita yang tidak mengetahuinya……..
kerana apa?
Kerana kita tidak berusaha menyelusuri sunah Rasul…
kita tidak tahu pun ada ayat sebegitu
dari Tuhan kita yang sangat penyayang itu…
hati kita telah lama buta…..
AKU mahu akuilah kelemahanmu itu
Setiap kali bersalah kamu datang padaKU
Mengakulah bersalah menangislah didepanKU
Tanda penyesalan yang tidak sudah

Wahai saudaraku..
dipujukNYA kita supaya kita bertaubat.
Alangkah pemaafnya DIA
sentiasa menerima salah dan silap kita.
Walau setinggi langit kesalahan yang telah kita perbuat
namun tidak terus dihukumnya kita…….
sebaliknya kita masih diberi peluang untuk kembali semula kejalan yang benar.
Ketahuilah wahai hamba-hambaKU
Rintihan orang yang berdosa lebih AKU cintai
Daripada tasbih para aulia’
Jangan bertanguh-tanguh lagi

Begitu sekali cintaNYA DIA kepada kita hambaNYA.
Kenapa kita yang hina dan berdosa ini
lebih dicintaiNYA dari para aulia yang tidak henti-henti memujiNYA?
Maha Hebat Tuhanku………
Bukankah dia sangat sempurna?
BagiNYA puji-pujian para aulia’ itu sama saja bagiNYA.
Tetapi rintihan hamba yang berdosa ini….
sangat indah…
kerana hamba ini merayu, merintih
agar dirinya kembali diterima Tuhan.
Tersedu sedan dengan tangisan mengabdi diri
agar mendapat ampunan dan agar cinta kembali dibalas…….
Tuhanku mengajak hambanya yang berdosa ini
kembali bercinta dengannya rupanya……
bukankah cinta itu sangat indah?
Bukankah cinta itu sangat hebat?
Bukankah cinta itu tidak dapat diungkap
dengan kata-kata akan rasanya?
Maha Suci Tuhanku…….
Siapalah yang tidak bersalah
Kamu adalah hamba, Aku suka orang mengaku salah
Aku cinta orang yang bertaubat

Ahhh……..
dipujuk-pujuknya kita agar kembali bertaubat.
Kerana orang yang bersalah
dan kembali mengaku salah itu membuktikan
dia serba kekurangan
dan masih sentiasa dan akan sentiasa
bergantung harap pada Tuhannya.
Cinta orang yang bertaubat itu
sangat luhur dan ikhlas serta suci.
Wahai hamba-hamba Ku
Minta ampunlah kepadaKu
AKU tetap menerimamu
Bukankah AKU Tuhanmu?
KasihKU kepadamu melebihi
kasih ibu kepada anaknya

Diajarnya kita agar meminta maaf
setelah kita berbuat salah.
Kerana DIA sentiasa mengampunkan hamba-hambaNYA.
Telah diakuiNYA DIA itu Tuhan kita
Tuhan semua umat manusia ini.
Bagaimana lagi nak kita pertikaikan kasih sayangNYA?
Sudah diterangkanNYA kepada kita
kasihnya kepada kita melebihi dari
kasih yang ibu kita curahkan kepada kita.
Lalu apalagi yang kita mahu?
Ayuh bersegeralah kita bersujud
dan bercakap-cakap serta merintih-rintih
kepada Tuhan kita yang Esa itu…..
Begitulah kehendak ALLAH
Kepada hamba-hambaNYA
Mengikut keterangan al-Quran dan as-Sunnah.

Monday, October 26, 2009

SHOW DA'E

30 oktober 2009

Pesta Konvo Unisel..Da'e buka booth..jemput la datang yer...

31 oktober 2009

Makan Malam SMKA Kuala Selangor..di De Palma Hotel KS..

8 November 2009

Jelajah Ilmuan..

16 dan 17 November

Da'e akan berada di UNISEL Shah Alam, sempena program Menderma darah. Da'e akan membuka booth, kami akan mengadakan jualan seperti Buku Karangan Dato' Ismail Kamus, Novel karangan Abdul Latip Talib, T'shirt dan perfume..
Antum semua di jemput mengunjugi booth kami...!!!!

Monday, October 19, 2009

Ahli Kumpulan Da'e


Bersantai seketika selepas Sound Check di Kuantan.. Kombinasi warna yang bagus! ;)


Bergambar di Bazar Ramadhan Seksyen 7, Shah Alam


Selepas Program Jejak Ilmuwan di Kuala Selangor (Ogos'2009)


5 Sekawan di Surau UNISEL aras 1