Sunday, November 1, 2009
Kasih Tuhan
Marilah kepadaKU
Wahai hamba-hambaKU
Bersegeralah pulang,kepangkuanKU
Aku tetap menerimaMU
Kamu hamba ciptaanKU lemah dan lalai
adalah watakmu
Aduhai….
baiknya Tuhan memanggil-manggil
ketika kita hambaNYA ini lalai dan leka.
Kerana apa?
Kerana IA tidak mahu kita terjebak kedalam api neraka.
Tetapi….adakah kita mendengar ajakanNYA itu?
Pasti ramai dikalangan kita yang tidak mengetahuinya……..
kerana apa?
Kerana kita tidak berusaha menyelusuri sunah Rasul…
kita tidak tahu pun ada ayat sebegitu
dari Tuhan kita yang sangat penyayang itu…
hati kita telah lama buta…..
AKU mahu akuilah kelemahanmu itu
Setiap kali bersalah kamu datang padaKU
Mengakulah bersalah menangislah didepanKU
Tanda penyesalan yang tidak sudah
Wahai saudaraku..
dipujukNYA kita supaya kita bertaubat.
Alangkah pemaafnya DIA
sentiasa menerima salah dan silap kita.
Walau setinggi langit kesalahan yang telah kita perbuat
namun tidak terus dihukumnya kita…….
sebaliknya kita masih diberi peluang untuk kembali semula kejalan yang benar.
Ketahuilah wahai hamba-hambaKU
Rintihan orang yang berdosa lebih AKU cintai
Daripada tasbih para aulia’
Jangan bertanguh-tanguh lagi
Begitu sekali cintaNYA DIA kepada kita hambaNYA.
Kenapa kita yang hina dan berdosa ini
lebih dicintaiNYA dari para aulia yang tidak henti-henti memujiNYA?
Maha Hebat Tuhanku………
Bukankah dia sangat sempurna?
BagiNYA puji-pujian para aulia’ itu sama saja bagiNYA.
Tetapi rintihan hamba yang berdosa ini….
sangat indah…
kerana hamba ini merayu, merintih
agar dirinya kembali diterima Tuhan.
Tersedu sedan dengan tangisan mengabdi diri
agar mendapat ampunan dan agar cinta kembali dibalas…….
Tuhanku mengajak hambanya yang berdosa ini
kembali bercinta dengannya rupanya……
bukankah cinta itu sangat indah?
Bukankah cinta itu sangat hebat?
Bukankah cinta itu tidak dapat diungkap
dengan kata-kata akan rasanya?
Maha Suci Tuhanku…….
Siapalah yang tidak bersalah
Kamu adalah hamba, Aku suka orang mengaku salah
Aku cinta orang yang bertaubat
Ahhh……..
dipujuk-pujuknya kita agar kembali bertaubat.
Kerana orang yang bersalah
dan kembali mengaku salah itu membuktikan
dia serba kekurangan
dan masih sentiasa dan akan sentiasa
bergantung harap pada Tuhannya.
Cinta orang yang bertaubat itu
sangat luhur dan ikhlas serta suci.
Wahai hamba-hamba Ku
Minta ampunlah kepadaKu
AKU tetap menerimamu
Bukankah AKU Tuhanmu?
KasihKU kepadamu melebihi
kasih ibu kepada anaknya
Diajarnya kita agar meminta maaf
setelah kita berbuat salah.
Kerana DIA sentiasa mengampunkan hamba-hambaNYA.
Telah diakuiNYA DIA itu Tuhan kita
Tuhan semua umat manusia ini.
Bagaimana lagi nak kita pertikaikan kasih sayangNYA?
Sudah diterangkanNYA kepada kita
kasihnya kepada kita melebihi dari
kasih yang ibu kita curahkan kepada kita.
Lalu apalagi yang kita mahu?
Ayuh bersegeralah kita bersujud
dan bercakap-cakap serta merintih-rintih
kepada Tuhan kita yang Esa itu…..
Begitulah kehendak ALLAH
Kepada hamba-hambaNYA
Mengikut keterangan al-Quran dan as-Sunnah.
No Response to "Kasih Tuhan"
Leave A Reply