Tuesday, July 21, 2009
"Hiburan Sejati Kembali Kepada Fitrah Semulajadi"
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..
Selawat dan salam buat Rasulullah, keluarga dan sahabat-sahabat baginda..
Alhamdulillah setinggi pujian ke hadrat Ilahi dengan rahmat kasih sayangnya berjaya juga Da'e mencipta bloggers ini untuk tatapan sahabat handai dan masyarakat umum.
Sedikit pengenalan tentang Da'e ;
Sejarah Penubuhan :
Da'e merupakan kumpuan nasyid keluaran UNISEL, ditubuhkan pada April 2005 bersempena menyahut pertandingan Festival Nasyid yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Da'e mengorak langkah ke pertandingan Nasyid anjuran Nasyid.Com pada tahun yang sama sekaligus merangkul tempat sebagai Juara.
Berbekalkan semangat dakwah yang digabungjalin dengan hiburan yang mendidik jiwa, Da'e mengebarluaskan pengalaman dengan menyertai pelbagai pertandingan dan persembahan.. Kini, Da'e masih mendalami peranan dakwah melalui muzik.. "Hiburan Sejati Kembali Kepada Fitrah Semulajadi" menjadi pegangan dan tonggak kepada perjuangan Da'e.
Anggota Da'e :
Bermula dengan 6 orang anggota iaitu ; Akh Zulhusni, Akh Ghazali, Akh Syafiq, Akh Zaid, Akh Din, dan Akh Dzikri. Akh Najib menyertai Da'e pada 2005 manakala Akh Nuzul pada 2007. Anggota Da'e silih berganti.. Alhamdulillah setelah 4 tahun, kump Da'e masih teguh dengan mempunyai tentera seramai 5 orang iaitu ; Akh Dzikri, Akh Najib, Akh Ghazali, Akh Azli dan Akh Yusof..
Harapan :
Dalam kehidupan globalisasi kini, Da'e berharap agar industri nasyid akan terus teguh dan thabat dalam menyusuri liku-liku dakwah yang semakin mencabar di samping dibajai keikhlasan dalam perjuangan.
wallahu'alam..
7 Response to ""Hiburan Sejati Kembali Kepada Fitrah Semulajadi""
Salam alaik.. Nape Dae x join intravarsiti kt KUIS 17 july lalu eh? ade sbb2 yg x dpt dielakkan ke? xptut korg biarkan KUIS jd Juara.... ish2x...(xbaek btol sy ni.. istighfar2x) haha
nie group abg dzikri smai dulu ker?
salam taaruf dari ana saiyid-in voices-upnm.....
wa'alaikumsalam..
saya mohd dzikri adalah ex Sek Men Agama Al-Ihsan, kuantan..kami xjoin intervarsiti coz kami bukan grup bwh unisel..kami gerak indipendent..
eh yeke? tapi dlm list peserta , (list KUIS) UNISEL hantar Dae sbgai wakil? cmne tu?
anyway, ICE 2009 yg lepas ade 1 group nasyid unisel yg perform.. NUR ape tah...xingat plak namanye..not bad.. xsgka unisel ada bakat besar.. semoga najah! -UNISEL student-
ye ke..insyaallah akan datang kami join..nama grup nasyid unisel adalah NUR I SEE..doakan agar kita semua istiqamah dalam dakwah Islam..
assalamualaikum...ana harap..klu ade pertndgn dr mne2 daerah atau universiti anjurkan join la..
dri situ dpt memperkenalkan kumpulan Da'e.....ana suke nasyid...ana harap Da'e teruskan perjuangan untuk berdakwah dgn hiburan nasyid ini...ana ingin cdgkn..ape kate cube wt aktiviti bersama peminat...
waaalaikumsalam... insyaALlah... berjuang dlm seni.... =)
Leave A Reply