Monday, January 25, 2010

Penyelamat Dunia !!!!!

Ketahuilah...bahawa Rasulullah s.aw. sesudah m`hiburkan kita dengan ajaran-ajaran suci lagi mulia itu, telah m'bawa bersamanya khabar besar dan cukup mengembirakan umat Islam..setelah dunia berada di kemuncak kezaliman ini, maka akan bermula lah zaman bagi kehidupan yang harmoni oleh Tuhan...


Penyelamat akan didatangkan iaitu Imamul Mahdi....Manusia biasa yang keadaannya sebiji macam Rasullah. Hatta namanya, nama ibunya dan nama bapanya serta keturunannya sama dengan Rasulullah....


Semua ini adalah berita dari Rasulullah....jangan diragui lagi....


Dia dizahirkan untuk bertugas bagi pihak Rasulullah untuk menyelamatkan dunia seluruhnya dengan Islam. Dunia dengan perlahan-lahan dibawa kepada keharmonian, keamanan, kemakmuran dan kebahagiaan oleh beliau....pewaris Rasulullah....


Waktu itu keadilan di mana-mana, kasih sayang berbunga semula...kebaikan mengatasi kezaliman, kemungkaran dan maksiat. Manusia akan menikmati hidup di kemuncak pembangunan material dan tamadun rohaniah...


Indahnya dunia waktu itu bagaikan syurga..dirasai oleh setiap makhluk Tuhan untuk semua kaum, bangsa dan agama....


Ini janji Tuhan..melalui lidah rasul termasuk dalam pakej berita-berita yang disampaikan untuk kita..


Ia pasti berlaku..


Mustahil Tuhan mungkir janji..


Dan kita kenalah berusaha dan bersiap menanti ketibaan zaman keemasan itu. Zaman Islam kembali gemilang skali lagi oleh Rasul akhir zaman

Monday, January 18, 2010

Keberangkatan "PULANG" Yang Menyeronokkan

Marilah kita sama-sama pelajari apakah yang baginda maksudkan dengan dengan panduan-panduan yang telah diberikan...
Kematian adalah suatu yang pasti.... Orang Islam mesti yakin bahawa mereka akan mati. Tapi, itu sahaja tidak cukup...orang Islam setelah yakin dengan kematian yang akan menimpanya, kena pula suka dengan kematian dan bersiap sungguh untuknya....

Sabda Rasulullah : ......Orang Islam jadi lemah kalau kena penyakit cinta dunia dan takut mati....

Ertinya, kalau Islam hendak menjadi kuat, mereka kena terbalikkan iaitu cinta akhirat dan suka mati..

Memang ajaran Islam yang sekian lama kita anuti ini memesankan kepada kita supaya bersikap cinta akhirat dan takut mati.....bukannya seperti apa yang kita lakukan selama ini, iaitu fikir dunia sahaja macam orang bukan Islam... Akhirat dilupakan sehingga tiada siap apa-apa untuk kematian. Padahal Rasulullah s.a.w sudah beritahu tentang akan adanya hari kematian beramai-ramai itu supaya kita bersiap-siap.

Persiapan paling penting ialah persiapan untuk mati....moga-moga husnul khatimah..... Dan tahan dengan penderitaan yang bakal menimpa, bagi yang masih hidup.. Kematian yang setiap hari berlaku hendaklah dilihat sebagaisuatu yang baik dan disukai..bukannya dianggap suatu yang jahat dan ditakuti.

Pendidikan yang menjurus kepada rasa suka dan bersiap-siap untuk kematian ini sepatutnya diusahakan dengan serius, supaya umat Islam melihat kematian dengan positif. Orang Islam sepatutnya berfikir kematian itu ialah kepulangan ke kampung asal yang dirindui.. Jadi, bila terjadi kematian samada secara sendiri atau beramai-ramai ni adalah suatu keberangkatan pulang yang menyeronokkan bukannya suatu yang menyeksakan......

Sunday, January 17, 2010

Hakikat Kehidupan Kita

Rakyat Palestin yang masih hidup, penuh penderitaan....
Ketahuilah juga bahawa hidup ini selain memerlukan hari-hari yang gembira dan indah, ia juga memerlukan hari-hari duka dan menyeksakan... Hidup tidak akan sempurna dan tidak akan berjaya sepenuhnya kalau kita hanya dibentuk oleh sebahagian pakej itu..kedua-dua suka dan duka adalah perimbangan yang sungguh diperlukan oleh manusia...
Kita tidak adil kalau boleh menerima yang gembira sahaja..kita bijak dan adil kalau pandai menerima kesedihan... Sebab... kedua-duanya datang dari Tuhan...

Tuhan yang mengkehendaki begitu.....

Demi membentuk hamba-hambaNya menjadi hamba yang baik.. Hari-hari gembira yang lebih lama kita tempuhi sebenarnya untuk kita kenali Tuhan sebagai Maha Pemurah dan Maha Baik.. Maka...hendaklah kita membalasi dan melayaniNya dengan mencintai dan mentaatiNya... Manakala.... Hari-hari sedih itu yang datang tidak lama, biasanya begitulah di banding dengan bilangan hari-hari gembira adalah membuatkan kita insaf...bahawa kita ini rupa-rupanya hamba Tuhan...

Hidup kita bukan kita punya.....tapi Tuhan yang punya.....

Kalau kita boleh terima takdir, tenang lah hidup kita... Tapi.. kalau kita menolak takdir, kita kena bertarung dengan perasaan kita sendiri yang sungguh menyakitkan..

Wallahua'lam