Monday, January 18, 2010
Keberangkatan "PULANG" Yang Menyeronokkan
Posted on 11:35 PM by mohd dzikri
Marilah kita sama-sama pelajari apakah yang baginda maksudkan dengan dengan panduan-panduan yang telah diberikan...
Kematian adalah suatu yang pasti.... Orang Islam mesti yakin bahawa mereka akan mati. Tapi, itu sahaja tidak cukup...orang Islam setelah yakin dengan kematian yang akan menimpanya, kena pula suka dengan kematian dan bersiap sungguh untuknya....
Sabda Rasulullah : ......Orang Islam jadi lemah kalau kena penyakit cinta dunia dan takut mati....
Ertinya, kalau Islam hendak menjadi kuat, mereka kena terbalikkan iaitu cinta akhirat dan suka mati..
Memang ajaran Islam yang sekian lama kita anuti ini memesankan kepada kita supaya bersikap cinta akhirat dan takut mati.....bukannya seperti apa yang kita lakukan selama ini, iaitu fikir dunia sahaja macam orang bukan Islam... Akhirat dilupakan sehingga tiada siap apa-apa untuk kematian. Padahal Rasulullah s.a.w sudah beritahu tentang akan adanya hari kematian beramai-ramai itu supaya kita bersiap-siap.
Persiapan paling penting ialah persiapan untuk mati....moga-moga husnul khatimah..... Dan tahan dengan penderitaan yang bakal menimpa, bagi yang masih hidup.. Kematian yang setiap hari berlaku hendaklah dilihat sebagaisuatu yang baik dan disukai..bukannya dianggap suatu yang jahat dan ditakuti.
Pendidikan yang menjurus kepada rasa suka dan bersiap-siap untuk kematian ini sepatutnya diusahakan dengan serius, supaya umat Islam melihat kematian dengan positif. Orang Islam sepatutnya berfikir kematian itu ialah kepulangan ke kampung asal yang dirindui.. Jadi, bila terjadi kematian samada secara sendiri atau beramai-ramai ni adalah suatu keberangkatan pulang yang menyeronokkan bukannya suatu yang menyeksakan......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Keberangkatan "PULANG" Yang Menyeronokkan"
Leave A Reply