Tuesday, February 1, 2011
Dunia Akan Gempar
Seorang yang selama ini dihina akan dimuliakan orang
Tunggulah seorang yang tidak diduga diberi kuasa
Orang-orang yang menunggu kehidupan yang murni penuh gembira
Syukur kepada Tuhan yang tidak terhingga
Orang yang hasad dengki atau yang menolak kebenaran akan tergigit jari
Rasa kesal, takut, ada yang menyesal tidak kurang yang terus menentang kerana kesombongan
Seorang yang selama ini dianggap pengacau
Rupanya seorang penyelamat kepada dunia
Pembawa kasih sayang kepada semua bangsa
Pemimpin-pemimpin yang pernah berkuasa sebelum ini akan dikata dan dihina
Kerana dunia terasa dua keadaan pemimpin yang sangat berbeza
Satu membawa pecah-belah, yang satu lagi membawa perpaduan
Yang satu membawa kezaliman dan yang satu membawa keadilan
Pemimpin yang lama sangat malu dan terasa terhina
Mereka akan terus dilupakan orang
Bahkan orang ramai tidak mempedulikan lagi, kerana kejahatan mereka
Pemimpin yang baru hari demi hari makin ramai diterima orang …….
Tidak kira apa agama atau bangsa semuanya memberi kasih sayang
Itulah dia pemimpin yang dipimpin oleh Allah
Yang dijanjikan di akhir zaman
Masanya hampir tiba, tidak lama lagi
Insya-Allah kita akan saksikan
Penentang-penentang kebenaran sangat sakit hati
Sekalipun mereka tahu pemimpin itu ditunjuk Tuhan
Begitulah sifat sombong jika tidak diungkai
Walaupun tahu kebenaran namun berat hendak menerima
No Response to "Dunia Akan Gempar"
Leave A Reply