Thursday, November 26, 2009

DAE MANAGEMENT & SERVICES

Posted on 7:29 AM by mohd dzikri

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalammualaikum.w.r.b.t.h.
Sedikit mengenai Da'e, kami merupakan sebuah kumpulan nasyid yang bergiat aktif dan sedia menerima undangan untuk membuat persembahan bagi memeriahkan majlis dan program anda InsyaAllah... Alhamdulillahirabbil`aalamin..... Syukur ke hadrat Allah yg Maha Esa...kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, maka tertubuhlah sudah syarikat DAE MANAGEMENT & SERVICES.

Setelah menanti sekian lama, kami berharap dengan tertubuhnya syarikat ini, dapatlah diperluaskan lagi skop dakwah da`e di masa akan datang....

InsyaALlah untuk permulaan ini, da`e akan memulakan perniagaan kecil-kecilan seperti penjualan tshirt, buku dan minyak wangi.

Untuk pengetahuan pembaca semua, da`e sudah mula membekal buku dari karangan Dato' Ismail Kamus yang berjudul "Indahnya Hidup Bersyariat", dan Novel perjuangan sahabat-sahabat Rasullullah, karangan Abdul Latip Talib. Kami juga turut menjual minyak wangi tanpa alkohol daripada Dhia Perfumes, tshirt berjenama, seperti Convers, adidas levi's, dan banyak lagi dengan harga RM18 sehelai, insyaAllah harga tshirt ini masih boleh dirunding lagi..

Selain itu, kami juga sedia menerima tempahan seperti baju korporat, tshirt dan barangan korporat lain. kami juga turut menyediakan perkhidmatan untuk program fasilitator.

Kami harap dengan ruang yang telah di berikan Allah s.w.t, matlamat utama kami akan dapat di capai dan di perluaskan lagi InsyaAllah. Selain itu, kami juga sentiasa mengharapkan doa dan sokongan dari semua agar hati-hati kami sentiasa Istiqomah InsyaAllah..

Ilalliqa'....

Ahli Da`e

No Response to "DAE MANAGEMENT & SERVICES"

Leave A Reply