Monday, January 25, 2010

Penyelamat Dunia !!!!!

Posted on 3:01 AM by mohd dzikri

Ketahuilah...bahawa Rasulullah s.aw. sesudah m`hiburkan kita dengan ajaran-ajaran suci lagi mulia itu, telah m'bawa bersamanya khabar besar dan cukup mengembirakan umat Islam..setelah dunia berada di kemuncak kezaliman ini, maka akan bermula lah zaman bagi kehidupan yang harmoni oleh Tuhan...


Penyelamat akan didatangkan iaitu Imamul Mahdi....Manusia biasa yang keadaannya sebiji macam Rasullah. Hatta namanya, nama ibunya dan nama bapanya serta keturunannya sama dengan Rasulullah....


Semua ini adalah berita dari Rasulullah....jangan diragui lagi....


Dia dizahirkan untuk bertugas bagi pihak Rasulullah untuk menyelamatkan dunia seluruhnya dengan Islam. Dunia dengan perlahan-lahan dibawa kepada keharmonian, keamanan, kemakmuran dan kebahagiaan oleh beliau....pewaris Rasulullah....


Waktu itu keadilan di mana-mana, kasih sayang berbunga semula...kebaikan mengatasi kezaliman, kemungkaran dan maksiat. Manusia akan menikmati hidup di kemuncak pembangunan material dan tamadun rohaniah...


Indahnya dunia waktu itu bagaikan syurga..dirasai oleh setiap makhluk Tuhan untuk semua kaum, bangsa dan agama....


Ini janji Tuhan..melalui lidah rasul termasuk dalam pakej berita-berita yang disampaikan untuk kita..


Ia pasti berlaku..


Mustahil Tuhan mungkir janji..


Dan kita kenalah berusaha dan bersiap menanti ketibaan zaman keemasan itu. Zaman Islam kembali gemilang skali lagi oleh Rasul akhir zaman

1 Response to "Penyelamat Dunia !!!!!"

Leave A Reply