Tuesday, February 15, 2011

Rasulullah Pilihan Atas Pilihan

Posted on 7:52 AM by mohd dzikri



Rasulullah pilihan daripada seluruh rasul pilihan

Pilihan atas pilihan untuk rasul akhir zaman

Membawa Quran dari Tuhan

Untuk panduan umat kemudian

Hatinya bersih, sabarnya keras, Ulul Azmi tidak ada taranya

Berbagai-bagai rintangan, bermacam-macam cabaran

Menghadapi puluhan peperangan, hatinya tahan

Seluruh hidupnya di dalam penderitaan, tidak pernah surut di dalam perjuangan

Betullah Rasul contoh daripada segala contoh seluruh rasul pilihan

Hatinya dengan Tuhan tidak pernah putus hubungan

Ibadahnya kepada Tuhan bayangan sifat kehambaannya amat ketara

Pengorbanannya macam angin kencang lajunya

Dengan harta, tenaga dan jiwa raga

Di dalam masa hidupnya tidak membuat harta kekayaan

Segala hak kepunyaannya habis dikorbankan

Beliau orang kaya, hidupnya jadi miskin

Agar Islam itu manusia terima sambung-bersambung ke akhir zaman

Masya-Allah akhlaknya bulan purnama sangat terserlahnya

Tidak ada tandingannya, tidak ada bandingannya di seluruh dunia

Kalaulah umat Islam, Rasulullah itu suri teladan mereka

Mereka akan kembali berdaulat serta mulia seperti zaman kegemilangan

Memang patah lidah hendak memperkatakan terhadap Rasulullah

Di semua aspek kehidupannya dan peribadinya luar biasa

Ibadahnya banyak, gigih perjuangannya, pengorbanannya tidak terkira

Akhlaknya bak bunga-bunga di taman indah

Apatah lagi kasih sayangnya bak bunga raya

Allahumma salli ala Sayidina Muhammad!

Allahumma salli ala Sayidina Muhammad!

Allahumma salli ala Sayidina Muhammad!

No Response to "Rasulullah Pilihan Atas Pilihan"

Leave A Reply